1:02 AM semenjak berkerja waktu seakan-akan pantas berlalu. sibuk memanjang nampaknya. hari cuti pula dihabiskan berehat dirumah. setakat ini syukur kerna suasana kerja yang memuaskan dengan rakan2 baru. hari demi hari semakin banyak yang ku belajar. namun jauh dibenak hati masih mengharapkan satu rezki peluang perkerjaan baru yang lebih baik dan sesuai. mungkin belum masanya. akhir2 ini dalam seminggu dua ditempat kerja kelihatan wajah2 riang. bukan wajah rakan2 sekerja tapi jemaah2 haji yang berlalu lalang. kelihatan bahgia dan ceria menuju ke pintu pelepasan kapal terbang. almaklum sejak berkerja di lapangan terbang. aku turut tumpang gembira melihat mereka yang berjaya terpilih untuk menunaikan haji. disudut hati sedikit sayu bercampur rindu pada kedua2 Haramain. terbayang saat pertama aku melaksanakan ibadah haji. dikala itu terkenang teman2 seperjuangan disana, teringat pada setiap seorang pula. baik2 hendaknya dan doaku sentiasa buat mereka. sempat ku berbual denga seorang jemaah ketika terserempak di dalam tandas. "bila flight ni cik?" "pukol 5 nanti. kerja sini ya?" "aah cik. tahniah ya sebab terpilih" "terima kasih" "sama2. k bye cik" macam nak peluk itu pakcik nak cakap doakan saya, kirim salam rindu pd mekkah dan medinah. ala kulli hal. moga semuanya berjalan lancar. tapi raya nanti kerja eh. tak dapat join family raya di kampong. sanggup nak double pay nye pasal. heheh. setakat ini lah dulu. saja dah lama tak blogging. besok kerja lagi. need to sleep. ZZZZZZZZZ~ Labels: 3eid el a'97a jayy 8reebn~ his says..
where he penned down his thoughts.. Tuesday, October 04, 2011 |
2:45 AM dari TANAH kita dijadikan. kepada TANAH juga kita dikembalikan. hargailah TANAH biarpun hanya sekangkang kera. tanpa hasil TANAH siapalah kita. lupakah jerih payah leluhur kita membuka TANAH. anak cucu beratus tahun menetap berlindung di TANAH itu. semudah itu kau lepaskan TANAH kita. tidakkah kau kenang jasa TANAH pada kita. kalau arwah puang-puang hidup lagi nescaya menangis mereka melihat nasib TANAH kita. tulang empat kerat mereka lah mengusahakan TANAH itu. TANAH kita terkorban dek fikiran singkat kau. sayang seribu kali sayang. sungguh hiba dan terkilan. Labels: TANAH his says..
where he penned down his thoughts.. Thursday, September 22, 2011 |
2:19 AM why is it so difficult to make the choice. i just can't think right now. i should have decide it quick before it's too late. there's too much to consider or i'll regret again. am i taking it too hard. i'm stuck seriously. things would be easier at first. i just can't blame you completely dad. but you are making everything complicated. i'm just too dissapointed. confused. fickled. oh god please show me the path. i'm really having a hard time right now. Labels: hard time his says..
where he penned down his thoughts.. Thursday, September 15, 2011 |
3:18 PM aku memang takde hasil. tak guna. tak bawak untung. senang cakap hampeihhh uh. selalu kecewakan kao dari kecik sampai sekarang. tapi kao tk perlu datang nak serang aku takde angin takde ribot. nak kata aku tak kenang budi camni segala. kalo ko tak suka aku kurang ajar ko pon tak perlu nak tengking2 aku camtu. agak-agak uh weyyy. aku memang anak tapi ko sebagai ayahanda takya uh fanatik sangat. kang aku fanatik macam zaman sekolah dulu2 baru ko mencacah. itu part baru ko nak slowtalk lah hape kebabai. aku mula perangai sundal aku macam dulu baru kao tawu. yek ele~ kecoq uh~ Labels: tak kenang budi ehkk?? his says..
where he penned down his thoughts.. Tuesday, September 13, 2011 |
5:07 AM bila kau mula bersuara aku terkedu kelu aku jadi mula berfikir kenapa pilihan menerpa lagi antara dua satu keputusan jua kau atau kau dia atau dia kamu atau kamu rumit menjadi 'aku' kalau dapat ku pilih 'atau' patutkah ku pertimbang lagi risau tersalah pilih tersilap langkah keliru kalau itu berita suka atau duka haruskah hidup perlu ada pemilihan tunjukkan ku jalan tuhan Labels: suatu pilihan yang tak pasti his says..
where he penned down his thoughts.. Wednesday, September 07, 2011 |
6:34 PM bermula detik suatu permulaan. mula di tengah jalan. jalan yang tiada kepastian. mengorak langkah baru. langkah sekian lama tiada tuju. keliru. celaru. buntu. terdiam bisu. sepi membatu. tiada mampu. selamat pergi kawan. kini giliran aku. Labels: tinggal aku his says..
where he penned down his thoughts.. Saturday, June 18, 2011 |
4:30 AM ku lihat awan berarak mendung meniti hari-hari guruh berdentam murka kilat bersabung dalam kelam sesekali halilintar menerpa bongkak bergegar gegak gempita menerpa mentari bahang menggigit tenang terang timbul kembali pula biar silau namun sinarnya ku damba sejenak saja nikmatnya berkocak gelora gagah pula angin berlalu tiada belas rupanya ribut kan datang berkunjung dibawa pergi apa yang ada remuk redam hancur lebur sirna segala punah semua tapi mentari pasti akan datang bertandang semula yakinlah jiwa..yakinlah redha sabar dan tawakkal ubatnya cekal tabah semangat sandarannya memang tuhan datangkan cobaan ujian buat sekelian jiwa namun Dia bukan sang penganiaya tiada juga Dia beri diluar daya yakinlah jiwa..yakinlah mentari kan jelma dengan pelangi pula 23:45 17062011 Labels: yakinlah jiwa..yakinlah his says..
where he penned down his thoughts.. Tuesday, June 14, 2011 |
8:28 PM he he he he he he he he he . . . . ini pagi muka ada sinyum. celik jaga dari itu tidur turus tengok itu handphone. 2 messages received. sekali bukak msg saudia lah bhai. aku pon dengan berdebar2 oi baca. baca punya baca punya baca... aik ape darh dia cakap. baca lagi dan lagi. atlast jumpa apiz nak konpom lagi. gua dapat balik 17th lah cess. giler bangkong punya hepi gua cakap lu. hahahahahaha. senangnya dalam hati bagai beristeri dua pulak. memang terhebat lah. tapi passport tetap belom dapat. apelah nasib badan. tapi takpe lah derr. yg penting abang dah nak balik lah seyhhh. hehehehhehe. sonang hati eden dongar kobar molek rope itu. sampai ko tolinga lobar sonyum nie. sampai ketemu singapura. i'll be home soon. wink wink wink =)))))))) Labels: 17th june 2011 his says..
where he penned down his thoughts.. Monday, June 13, 2011 |
1:50 AM ![]() pic taken: 12 June 2008 hari ini tanggal 12 June merupakan hari lahirmu ninda. tipa tahun tidak pernah ku lepas untuk mengucapkan selamat buatmu. tiap tahun akan kita sambut bersama. tapi tahun ini kau tiada lagi. semalam aku terpikir ingin menelefon mu. dan ku sedar yang kau telah pergi. sebak hatiku memekirkanmu ninda. dan kini minggu2 terakhir ku di medina, seperti tahun2 sudah akan ku cari hadiah buatmu untuk dibawa pulang sebagai hadiahmu. tadi ku lihat jubah, minyak wangi, tudung dan buat ku terkenang saat2 dulu. mengapa kau pergi dulu begitu cepat. rindu ku pada suaramu, cerita2mu, senyummu, marahmu, nasihatmu, luahanmu, masakanmu wahai nindaku. kepulanganku tahun ini tiada kau disisi menjemputku. kebetulan juga aku akan pulang 25 June ini. dan tanggal itu genap 7 bulan kau meninggalkan aku. tiap tahun kau menungguku dan menjemputku. tapi tahun ini.............. moga ko tenang disana ninda. i miss u alot. allahummaghfirlaha warhamha wa'fu'anha. Labels: nenek's birthday his says..
where he penned down his thoughts.. Saturday, June 11, 2011 |
6:12 PM tak usah nak hidung tinggi dengan Allah.. sedangkan hidung sendiri pun tak boleh nak pandang dengan mata sendiri.. perlukan pertolongan benda yang tak bernyawa..(cermin) untuk tengok.. terlanjur dah tengok cermin nak tengok hidung tu.. cermin2lah diri tu jugak .. cun? kacak? hati tu. cunkan dan kacakkan jugak..baru complete package..time orang bungkus2 kita dalam packaging putih nanti.. akan tertulis dekat packaging tu dalam dakwat special.. item..~terbaik dari dunia~ hehe.. bukan terbaik dari ladang je. heh2~ bila dah terbaik dari dunia baru cun nak duduk tmpt terbaik di akhirat sana..- Permata Ayah Ibu - Labels: amek ko~ |
